Tindakan Segera Diperlukan: Tamatkan Pemeriksaan Haid, Lindungi Gadis Remaja & Jaga Kesihatan Mental

SOLS Health-Thrive Well adalah pusat kesihatan mental komuniti yang berdedikasi untuk meningkatkan kesejahteraan emosi dan kualiti hidup kanak-kanak, belia dan keluarga di Malaysia. Sebagai organisasi kesihatan mental yang komited untuk mengurangkan kesukaran kanak-kanak dan menegakkan perawatan trauma, Organisasi kami amat terkejut dan bimbang atas laporan berita yang baharu mengenai "pemeriksaan haid" yang dilakukan ke atas pelajar perempuan di sekolah.


Kami mengecam penderaan, penghinaan dan trauma yang dialami oleh remaja perempuan yang dipaksa untuk menunjuk seluar haid mereka, menjalani sapuan faraj dengan putik kapas, tisu atau jari, dan mengalami sentuhan badan yang tidak bersesuaian oleh guru sekolah dan warden yang hendak mencari "bukti" pelajar tersebut sedang haid. Tindakan menjijikkan ini kononnya merupakan praktik lama; tindakan ini boleh memberi risiko kesihatan mental yang berpanjangan menurut keterangan dari bekas dan semasa pelajar perempuan di sekolah tersebut.


Kami ingin menegaskan bahawa pemeriksaan haid ini adalah sama dengan penderaan seksual, gangguan seksual dan buli. Tindakan eksploitatif ini boleh menyebabkan penghinaan, rasa malu dan kerentanan di antara kalangan remaja perempuan, justeru itu, tindakan eksploitatif ini boleh menimbulkan risiko tekanan emosi, trauma dan kemurungan jangka panjang. Amalan sebegini ini yang tidak menghiraukan maruah kanak-kanak akan mempengaruhi prestasi akademik mereka, perkembangan emosi dan sosial, pada masa yang sama tindakan ini boleh memberi pelajar merasai sekolah ada tempat yang tidak selamat walhal sekolah sepatutnya menjadi tempat selamat untuk pelajar.


Pengarah SOLS Health-Thrive Well dan Pakar Psikologi Klinikal Ellisha Othman berkata: "Pemeriksaan mengejut “haid” adalah pelanggaran serius terhadap badan, privasi dan keselamatan kanak-kanak. Pengalaman ini mungkin akan memberi kesan negatif terhadap kesihatan mental, keyakinan dan harga diri mereka. Kami berharap guru dapat membina ruang yang selamat untuk pertumbuhan sosio emosi kanak-kanak di sekolah - kita memerlukan strategi yang lebih sihat untuk memotivasi pelajar dan bukannya tindakan paksaan yang meninggalkan kesan mental pada mereka.


“Kami mengalu-alukan kenyataan YB Datuk Seri Rina Harun, Menteri Wanita, Masyarakat dan Keluarga Pembangunan, untuk menghentikan pemeriksaan haid di sekolah. Kerajaan mesti mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang mencabuli badan kanak-kanak di semua institusi pendidikan. Ibu bapa juga mesti memainkan peranan berwaspada dengan mengajar kanak-kanak mengenai sentuhan yang tidak sesuai, menawarkan sokongan emosi dan melaporkan pelanggaran kepada pihak berkuasa kerajaan” kata Othman.



Othman bersambung: “Kami memerlukan tindakan kolektif untuk menjaga kesihatan mental generasi sekarang dan yang akan datang. Masyarakat mestilah bersatu dalam mewujudkan ruang yang selamat untuk emosi yang sihat untuk perkembangan gadis remaja di sekolah dengan menjunjung tinggi maruah dan rasa hormat mereka, dan bukannya paksaan dan

gangguan sexual. Guru dan ibu bapa juga haruslah memikirkan semula bagaimana kita dapat mempengaruhi anak-anak dengan lebih positif dengan komunikasi dan empati."



Pertanyaan Media:

Pengarah Penyelidikan & Advokasi Dr Arman I Rashid (019 4343881 arman@sols247.org)

Pengurus Penyelidikan & Advokasi Su Lin Lim (012 2078206 sulin.lim@sols247.org )


Disahkan oleh SOLS Health-Thrive Well Research Advocacy.

25.04.2021


24 views0 comments

Recent Posts

See All

Apa itu Gangguan Stres Pasca Trauma (PTSD)?

Oleh Jesslyn Ch'ng Amaran Kandungan: Kandungan di bawah adalah perbincangan tentang trauma yang mungkin akan memberikan tekanan kepada sesetengah individu. Jika anda perlukan sokongan, sila hubungi na

什么是创伤后应激障碍?

作者:庄敏仪 注意:本文章讨论了有关创伤性的内容,可能会引起读者的不适。如有需要,您可以向以下的联络方式寻求协助:navigaide@sols247.org 或 018-9003247。 当生活中发生了一些非预期,且事态严重的事情的时候,例如:不幸地发生一起严重车祸,天然灾害的发生,或自己不幸地经历了一次暴行(抢劫、强暴等人为行为)等,这些事情多少都一定会对当事者的心理健康造成创伤。这当中也包括近

Post Traumatic Stress Disorder (PTSD): What is it?

By Jesslyn Ch’ng Content Warning: The following content contains discussions on trauma that may be distressing to some. For support, please contact navigaide@sols247.org or 018-9003247. Unexpected and