Petua Ketiga: Rumah Kami Tanggungjawab Bersama


Setiap ahli keluarga boleh menyumbang kepada keluarga dengan memikul tanggungjawab yang terdapat di rumah, terutama sekali dalam tempoh PKP ini. Tanggunjawab dalam bentuk tugasan rumah boleh diagihkan supaya setiap ahli keluarga memahami bahawa mereka memainkan peranan penting di rumah.


Tambahan pula, tugasan memastikan terdapatnya matlamat yang boleh dicapai setiap hari. Setiap ahli keluarga termasuklah anak boleh melakukan tugasan rumah tidak kiralah umur. Rajah “Tugasan Mengikut Umur” menunjukkan beberapa contoh tugasan yang sesuai berdasarkan umur anak. Jika anak-anak pada umur tersebut tidak pernah melakukan tugasan yang dicadangkan, tidak bermaksud mereka tidak mempunyai kebolehan untuk mula mempelajari tugasan tersebut.


Jadual tugasan boleh disediakan apabila tugasan untuk setiap ahli keluarga telah dikenalpasti. Jadual ini boleh membantu setiap ahli keluarga melihat bahawa setiap individu dalam rumah mempunyai tanggungjawab untuk dilengkapkan. Tugasan setiap ahli keluarga boleh diubahsuai setiap minggu untuk mengurangkan kebosanan melakukan tugasan yang sama. Berdasarkan jadual ini juga, setiap ahli keluarga boleh mengenalpasti siapa yang tidak melengkapkan tugasan mereka dan berbincang tentang cabaran yang dihadapi. Di sini, teknik LUV boleh digunakan.



Pentingnya tanggungjawab dan tugasan rumah adalah untuk setiap ahli keluarga memahami bahawa mereka memainkan peranan yang penting untuk mengekalkan keharmonian di dalam rumah. Tambahan pula, kita akan rasa lesu jika kita hanyalah duduk di rumah tanpa mengerakkan badan atau melakukan apa-apa aktiviti. Kita boleh mewujudkan rasa bahawa kita berjaya mencapai sesuatu apabila kita melengkapkan tugasan di rumah. Rasa kejayaan ini lebih bermakna apabila ibu bapa dan anak tahu bahawa tugasan yang dilakukan menyumbang kepada keselesaan setiap ahli keluarga di rumah.

Rajah Jadual Tugasan Rumah Kami


KESIMPULAN


Secara keseluruhan, banyak teknik boleh digunakan untuk setiap keluarga memanfaatkan tempoh PKP ini. Tiga teknik yang dikongsi dalam penulisan ini ialah:


i) LUV (Mendengar [Listen], Memahami [Understand], Mengesahan [Validate]);


ii) Mari Memuji;


iii) Rumah Kami Tanggungjawab Bersama.


Teknik-teknik ini tidak semestinya diikuti dengan sepenuhnya. Setiap keluarga mempunyai keunikan dan perwatakan yang berbeza. Oleh itu, setiap keluarga boleh mengubah teknik-teknik mengikut kesesuaian. Terlebih lagi, terdapat juga teknik-teknik dan sumber-sumber lain yang boleh menjadi sumber rujukan contohnya Talian Kasih di nombor 15999 dan Befrienders di nombor 03-79568145.


Kami ingin mengakhiri perkongsian ini dengan peringatan kepada setiap keluarga bahawa tidak kira apa-apa cabaran yang dilalui, jangan jadikan cabaran itu perlawanan siapa yang betul atau siapa yang salah. Setiap cabaran atau masalah bukanlah tentang “awak” ingin bertengkar dengan “saya” tetapi jadikannya tentang “kami” mencari solusi bersama.



Depetik daripada: “Strengthening Families Program” (SFP) https://strengtheningfamiliesprogram.org/

Ini adalah salah satu amalan yang kami mengajar kepada keluarga dan pemuda dalam program FYSP di bawah projek CIMB.

Klik di sini untuk membaca lebih lanjut mengenai bagaimana SFP digunakan dalam acara SOLS Health yang lepas: https://www.solshealth.org/post/membina-ruang-selamat-melalui-kerjasama-komuniti

22 views

© 2019 SOLS Health. All rights reserved.

Address: 1Petaling Commerz & Residential Condos, #G-8 Jalan 1 C/149, Off Jalan Sungai Besi 57100 Sungai Besi, KL Malaysia

Operating Hours: Tuesday to Saturday (9am to 6pm)

Subscribe to our newsletter

Connect with us

  • LinkedIn - White Circle
  • Facebook - White Circle
  • SOLS Health Instagram Page
  • YouTube - White Circle