Petua Pertama: LUV (Mendengar [Listen], Memahami [Understand], Mengesahkan [Validate])

Updated: Apr 11


Apabila seseorang ingin meluahkan pendapat atau perasaan, kita harus mengambil masa dan mendengar terlebih dahulu. Ini bermaksud mendengar tanpa menganggu sehinggalah individu yang bercakap selesai meluahkan pendapat atau perasaannya. Individu yang sedang mendengar, tidak kiralah ibu bapa atau kanak-kanak, haruslah mendengar tanpa mencelah walaupun tidak bersetuju dengan perkataan yang diluahkan. Dengan ini, kita boleh lebih memahami keadaan yang dilalui individu tersebut tanpa membuat andaian yang boleh menyebabkan salah faham. Apabila wujudnya kefahaman, akan menjadi lebih mudah untuk kita meletakkan diri sendiri dalam keadaan individu yang sedang bercakap di mana kita boleh mendalami pengisian dan perasaan yang dilalui individu tersebut. Setelah mendengar dan memahami, kita boleh mengesahkan apa yang dihadapi oleh individu tersebut. Ini termasuklah tidak memperkecilkan apa yang diluahkan atau emosi yang dirasai oleh setiap ahli keluarga. Contohyna, setelah mendengar dan memahami luahan anak yang tidak dapat keluar dari rumah, kita boleh mengesahkan perasaan mereka dengan berkata sesuatu seperti “Mak dengar apa yang awak cakap. Mak nampak awak sedang tidak puas hati kerana tidak dapat keluar rumah dan jumpa kawan-kawan awak pada waktu ini. Apa kata kita cari cara lain untuk awak berborak dengan kawan-kawan awak tanpa keluar dari rumah.” Yang pentingnya, mendengar, memahami, dan mengesahkan adalah untuk mengurangkan kebarangkalian berlakunya pertengakaran apabila wujudnya ketidaksepakatan di kalangan ahli keluarga. Apabila semua orang bercakap pada masa yang sama tanpa mendengar, pertengkaran hanyalah akan menjadi lebih hangat bagaikan mencurah minyak tanah ke api. Oleh itu, salah satu pihak, atau lebih baik lagi jika kedua-dua pihak, perlu mengambil masa untuk mendengar apa yang dikatakan, memahami pengisian dan perasaan yang dilalui individu yang sedang bercakap, dan akhir sekali, mengesahkan bahawa setiap ahli keluarga mengambil berat akan keadaan yang dilalui oleh ahli-ahli keluarga yang lain.



LUV ialah petikan daripada: “Strengthening Families Program” (SFP) https://strengtheningfamiliesprogram.org/ Ini adalah salah satu amalan yang kami mengajar kepada keluarga dan pemuda dalam program FYSP di bawah projek CIMB. Klik di sini untuk membaca lebih lanjut mengenai bagaimana SFP digunakan dalam acara SOLS Health yang lepas: https://www.solshealth.org/post/membina-ruang-selamat-melalui-kerjasama-komuniti

0 views

© 2019 SOLS Health. All rights reserved.

Address: 1Petaling Commerz & Residential Condos, #G-8 Jalan 1 C/149, Off Jalan Sungai Besi 57100 Sungai Besi, KL Malaysia

Operating Hours: Tuesday to Saturday (9am to 6pm)

Subscribe to our newsletter

Connect with us

  • LinkedIn - White Circle
  • Facebook - White Circle
  • SOLS Health Instagram Page
  • YouTube - White Circle