Keluarga Akrab Mengharungi Perintah Kawalan Pergerakan



Negara Malaysia kini dilanda wabak Coronavirus (COVID-19) yang bahaya dan mudah merebak. Sehingga 30 March 2020, sebanyak 2470 kes positif yang berjaya dikesan di mana 34 kematian yang telah direkodkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Oleh itu, kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Malaysia 2020 yang bermula pada 18 March 2020 dan kini dilanjutkan sehingga 14 April 2020.


Tujuan PKP ini adalah untuk memastikan penyebaran wabak COVID-19 terkawal dan membantu kerajaan mengenal pasti individu yang sudah dijangkiti wabak tersebut. Rakyat Malaysia tidak digalakkan untuk keluar dari rumah melainkan atas tujuan penting seperti membeli barangan keperluan asas. Situasi ini boleh menjadi peluang untuk setiap ahli keluarga untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Pada masa yang sama, terdapat juga kemungkinan berlakunya percangahan pemahaman di antara ahli keluarga kerana meluangkan masa yang panjang bersama yang mungkin merengangkan hubungan kekeluargaan.


Sehubungan itu, dalam jangka masa PKP ini, SOLS Health ingin berkongsi beberapa jenis teknik ataupun petua yang boleh digunakan oleh setiap ahli keluarga untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dan harapnya mengurangkan kebarangkalian berlakunya situasi yang boleh merengangkan hubungan kekeluargaan. Teknik-teknik tersebut meliputi pelbagai tema seperti cara mendengar, memahami, mengesah, memberi pujian, dan memikul tanggungjawab dalam tugasan rumah.

Petua tersebut akan diterbitkan dalam bentuk artikel-artikel pendek ataupun “short article series” yang bertajuk Keluarga Akrab Mengharungi Perintah Kawalan Pergerakandan ianya dipaparkan dari masa ke semasa di laman blog SOLS Health.


Para pembaca dijemput melayari pautan media sosial SOLS Health di Facebook, Instagram dan LinkedIn untuk menerima pengumuman tentang penerbitan artikel-artikel tersebut.


Kami berharap bahawa teknik dan petua ini akan memanfaatkan pembaca kami, bukan sahaja dalam waktu PKP ini, malah selanjutnya, untuk membantu membina hubungan erat antara ahli keluarga masing-masing.

66 views

© 2019 SOLS Health. All rights reserved.

Address: 1Petaling Commerz & Residential Condos, #G-8 Jalan 1 C/149, Off Jalan Sungai Besi 57100 Sungai Besi, KL Malaysia

Operating Hours: Tuesday to Saturday (9am to 6pm)

Subscribe to our newsletter

Connect with us

  • LinkedIn - White Circle
  • Facebook - White Circle
  • SOLS Health Instagram Page
  • YouTube - White Circle